STEP #1: SETELAH TERIMA SMS PENDAFTARAN BERJAYA
Setelah nombor handphone anda berjaya didaftarkan ke dalam sistem Dealer/Agent TopupMudah, anda akan terima SMS seperti ini:
Anda boleh terus klik link dalam SMS tadi dan terus login ke webserver anda menggunakan smartphone anda, atau anda boleh type link website tadi menggunakan PC anda. Link tadi akan bawa anda ke menu utama untuk login masuk ke webserver anda:
Masukkan nombor handphone anda dalam ruangan "MSIDN" dan letakkan password yang anda terima dalam SMS tadi. Klik "Login" dan seterusnya anda akan diminta untuk isi kod TAC:
Kod TAC akan dihantar melalui SMS ke handphone anda. Tunggu SMS kod TAC dan masukkan nombor kod TAC dan klik "Continue".
Kod TAC ini sebenarnya adalah untuk extra security kepada akaun webserver anda, supaya orang lain tidak boleh login ke webserver walaupun dia sudah tahu password webserver anda. Tapi dengan perkhidmatan kod TAC ini, anda akan dikenakan caj sebanyak 10 sen setiap kali SMS kod TAC dihantar kepada anda:
Anda dinasihatkan untuk buang perkhidmatan kod TAC ini supaya anda tidak dikenakan caj 10 sen setiap kali anda terima SMS kod TAC, dan juga supaya anda lebih cepat untuk login masuk ke webserver anda.
Cara buang perkhidmatan kod TAC: Taip "Buang TAC" dan SMS kan ke 0136290310:
Anda tidak akan dapat sebarang SMS yang mengatakan perkhidmatan kod TAC telah berjaya dibuang, tapi jika berjaya, anda tidak perlu lagi masukkan kod TAC untuk login masuk ke webserver anda.
Ini adalah menu utama webserver anda setelah berjaya login masuk:
1st step ialah untuk semak baki akaun modal topup anda. Klik di bahagian kiri "Dealer Info", dan baki akaun modal topup anda akan berada di bahagian "Balance". Jika sudah negatif, contoh, -0.10, ini bermakna sistem telah tolak 10 sen daripada akaun modal topup anda (caj perkhidmatan hantar kod TAC tadi).
Seterusnya anda boleh tukar password anda dengan klik di menu "ChangePassword". Ubah password yang mudah anda hafal. Password ini nanti akan digunakan untuk login webserver dan login android app.
_________________________________________________________________________________
STEP #2: CARA TAMBAH AKAUN MODAL TOPUP ANDA
STEP #2.1: MASUKKAN DEPOSIT KE AKAUN ADMIN SERVER
Untuk buat pembelian topup prepaid, akaun modal topup anda perlu ada baki yang cukup. Jadi untuk step seterusnya, anda perlu tambah akaun modal topup anda. Caranya ialah untuk deposit ke salah satu akaun bank ini:
Anda boleh bank-in ikut jumlah yang anda mahu untuk tambah akaun modal topup anda. Boleh bank-in RM10, RM30, RM50, RM100,.. terpulang pada anda. Pastikan anda simpan resit atau statement online banking anda untuk tahu secara tepat pukul berapa anda bank-in.
Setelah bank-in, anda perlu beritahu sistem yang anda sudah bank-in ke salah satu akaun bank tadi.
STEP #2.2: BERITAHU SISTEM YANG ANDA SUDAH BUAT DEPOSIT
STEP #2.21: Beritahu Sistem Guna SMS
SMS ke nombor Reload Gateway Server atau boleh terus guna Webserver.
Untuk SMS, formatnya seperti ini:
SMS kan kod ini ke salah satu daripada 5 nombor Reload Gateway server (kalau boleh, pilih nombor Reload Gateway yang sama telco dengan anda untuk dapat kadar SMS ke sama telco yang lebih murah):
Dah SMS, anda tunggu sahaja SMS daripada sistem server. Selalunya sistem ambil masa sehingga 90 minit untuk update akaun modal topup anda. Ini contoh SMS yang dihantar setelah akaun modal topup telah berjaya ditambah:
Semak baki akaun modal topup anda di bahagian "DealerInfo", dalam webserver anda.
STEP #2.22: Beritahu Sistem Guna WEBSERVER
Selain SMS, anda boleh guna Webserver untuk beritahu sistem server yang ada dah bank-in ke salah satu akaun tadi. Penggunaan Webserver lebih jimat berbanding SMS yang dikenakan caj SMS.
Cara untuk beritahu sistem server yang anda sudah buat deposit menggunakan Webserver ialah dengan login ke Webserver (http://reload.dyndns.org:8009/), klik "Bank-In" di bahagian kiri, dan isikan maklumat seperti jumlah deposit, masa deposit (dalam format 24 jam, contoh pukul 9:30 pagi, 0930, pukul 5:32 petang, 1732). Salinan bank-in slip boleh di upload tapi tidak diwajibkan:
_________________________________________________________________________________
STEP #3: CARA BUAT PEMBELIAN TOPUP
Setelah baki modal topup anda dah berjaya ditambah dan mencukupi, anda sudah boleh beli & jual topup prepaid anda pada pelanggan-pelanggan anda. Beli untuk anda sendiri pun boleh, lebih untung sebab anda dapat beli pada harga diskaun.
Anda boleh rujuk jadual ini untuk senarai produk topup prepaid:
Dalam ruangan "Denomination/Amount" ialah jumlah harga topup yang anda boleh beli untuk setiap telco. Contoh untuk Maxis, 5-10 bermaksud, anda boleh beli topup maxis bernilai RM5, RM6, RM7, RM8, RM9, dan RM10.
STEP #3.1: BELI TOPUP GUNA SMS
Ini contoh beli topup guna cara SMS:
SMS kod beli topup ini boleh dihantar ke salah satu daripada 5 nombor Reload Gateway ini:
Pilih nombor Reload Gateway yang sama telco dengan anda untuk dapat kadar SMS ke sama telco yang lebih murah.
Jika pembelian topup berjaya, anda akan terima SMS seperti ini:
STEP #3.2: BELI TOPUP GUNA WEBSERVER
Login ke Webserver (http://reload.dyndns.org:8009/):
STEP #3.3: BELI TOPUP GUNA APLIKASI ANDROID
Guna smartphone android anda dan KLIK SINI untuk download android app:
_________________________________________________________________________________
STEP #4: CARA UNTUK DAFTAR EJEN JUALAN ANDA
Sebagai Dealer, anda boleh lantik seberapa banyak Ejen jualan anda, dan anda tidak akan dikenakan apa-apa caj tambahan untuk melantik Ejen jualan anda. Tetapi anda boleh mengenakan yuran pendaftaran kepada yang nak daftar jadi Ejen jualan anda dan yuran pendaftaran tadi milik anda 100%. Yuran yang dicadangkan ialah sebanyak RM10 (RM5 akan dikembalikan ke dalam akaun modal topup Ejen).
Tetapi ada juga Dealer yang daftarkan Ejen secara PERCUMA untuk menarik minat lebih ramai orang untuk daftar sebagai Ejen. Semakin ramai Ejen jualan anda, semakin tinggi komisyen mingguan anda. Komisyen mingguan akan dimasukkan ke dalam akaun topup modal anda.
Cara untuk daftar Ejen jualan, login ke Webserver anda:
Klik "DealerInfo" di menu bahagian kiri, kemudian klik "View":
Selepas klik "View", senarai diskaun untuk anda dan Ejen jualan anda akan dipaparkan:
Diskaun untuk Ejen jualan anda, anda yang tentukan sendiri. Jumlah komisyen yang anda akan dapat setiap kali Ejen anda buat pembelian topup adalah bergantung kepada jumlah discount Ejen yang anda tetapkan.
Sebagai contoh, untuk topup Celcom, diskaun anda sebagai Dealer ialah 5%. Jika anda tetapkan diskaun untuk topup Celcom bagi Ejen anda sebanyak 4%, bermaksud, setiap kali Ejen anda beli topup Celcom, anda akan dapat komisyen Ejen sebanyak, 5% - 4% = 1%.
Jika anda tak pasti berapa jumlah discount Ejen yang patut anda letak, anda boleh rujuk pada gambar tadi sebagai contoh untuk tetapkan jumlah diskaun Ejen jualan anda.
Untuk set nilai diskaun Ejen jualan anda, klik "Edit" di sebelah nilai diskaun, masukkan jumlah discount, dan klik "Update":
Setelah selesai masukkan jumlah discount Ejen untuk setiap produk topup & bil, klik "Apply Update to All agent":
Setelah selesai tetapkan diskaun Ejen jualan untuk semua jenis produk topup dan bil, barulah anda boleh daftar Ejen jualan anda dengan masukkan nama dan nombor handphone Ejen anda untuk didaftarkan ke dalam sistem, dan klik "Submit":
Setelah anda klik "Submit" anda dan Ejen jualan anda akan dapat SMS pendaftaran berjaya. Cara untuk Ejen jualan tambah modal topup & beli topup adalah sama dengan anda.
Anda tidak perlu lagi set discount Ejen, setiap kali anda mahu daftar Ejen jualan, jika anda sudah set discount sebelum ini. Set discount Ejen sekali sahaja sudah mencukupi. Tetapi anda boleh ubah nilai discount Ejen anda pada bila-bila masa sahaja guna cara yang sama seperti di atas.