CARA UNTUK DAFTAR EJEN JUALAN ANDA
Sebagai Dealer, anda boleh lantik seberapa banyak Ejen jualan anda, dan anda tidak akan dikenakan apa-apa caj tambahan untuk melantik Ejen jualan anda. Tetapi anda boleh mengenakan yuran pendaftaran kepada yang nak daftar jadi Ejen jualan anda dan yuran pendaftaran tadi milik anda 100%. Yuran yang dicadangkan ialah sebanyak RM10 (RM5 akan dikembalikan ke dalam akaun modal topup Ejen).
Tetapi ada juga Dealer yang daftarkan Ejen secara PERCUMA untuk menarik minat lebih ramai orang untuk daftar sebagai Ejen. Semakin ramai Ejen jualan anda, semakin tinggi komisyen mingguan anda. Komisyen mingguan akan dimasukkan ke dalam akaun topup modal anda.
Cara untuk daftar Ejen jualan, login ke Webserver anda:
Klik "DealerInfo" di menu bahagian kiri, kemudian klik "View":
Selepas klik "View", senarai diskaun untuk anda dan Ejen jualan anda akan dipaparkan:
Diskaun untuk Ejen jualan anda, anda yang tentukan sendiri. Jumlah komisyen yang anda akan dapat setiap kali Ejen anda buat pembelian topup adalah bergantung kepada jumlah discount Ejen yang anda tetapkan.
Sebagai contoh, untuk topup Celcom, diskaun anda sebagai Dealer ialah 5%. Jika anda tetapkan diskaun untuk topup Celcom bagi Ejen anda sebanyak 4%, bermaksud, setiap kali Ejen anda beli topup Celcom, anda akan dapat komisyen Ejen sebanyak, 5% - 4% = 1%.
Jika anda tak pasti berapa jumlah discount Ejen yang patut anda letak, anda boleh rujuk pada gambar tadi sebagai contoh untuk tetapkan jumlah diskaun Ejen jualan anda.
Untuk set nilai diskaun Ejen jualan anda, klik "Edit" di sebelah nilai diskaun, masukkan jumlah discount, dan klik "Update":
Setelah selesai masukkan jumlah discount Ejen untuk setiap produk topup & bil, klik "Apply Update to All agent":
Setelah selesai tetapkan diskaun Ejen jualan untuk semua jenis produk topup dan bil, barulah anda boleh daftar Ejen jualan anda dengan masukkan nama dan nombor handphone Ejen anda untuk didaftarkan ke dalam sistem, dan klik "Submit":
Setelah anda klik "Submit" anda dan Ejen jualan anda akan dapat SMS pendaftaran berjaya. Cara untuk Ejen jualan tambah modal topup & beli topup adalah sama dengan anda.
Anda tidak perlu lagi set discount Ejen, setiap kali anda mahu daftar Ejen jualan, jika anda sudah set discount sebelum ini. Set discount Ejen sekali sahaja sudah mencukupi. Tetapi anda boleh ubah nilai discount Ejen anda pada bila-bila masa sahaja guna cara yang sama seperti di atas.