Ringkasan apa yang anda perlu buat setelah anda sudah didaftarkan sebagai Dealer/Agent:
STEP #1: Terima SMS Pendaftaran
Setelah nombor handphone anda berjaya didaftarkan ke dalam sistem Dealer/Agent, anda akan terima SMS seperti ini:
STEP #2: Login Masuk Webserver Anda
Anda boleh terus klik link dalam SMS tadi atau boleh copy-paste link jika nak buka guna PC:
Link untuk Dealer: http://reload.dyndns.org:8009/Dealer/Login.aspx
Link untuk Agent: http://reload.dyndns.org:8009/
Setelah klik link tadi, anda akan dibawa ke login page webserver anda:
Isi maklumat untuk login:
MSISDN --> (nombor handphone anda yang telah didaftarkan ke dalam sistem)
Password --> (password yang diberi dalam SMS yang anda terima tadi)
Klik "Login" dan seterusnya anda akan diminta untuk isi kod TAC.
STEP #3&4: Tunggu SMS kod TAC & Masukkan Kod TAC
Kod TAC akan dihantar melalui SMS ke handphone anda. Tunggu SMS kod TAC dan masukkan nombor kod TAC dan klik "Continue":
STEP #5: Masuk ke Menu Utama Webserver
Setelah berjaya login, anda akan dibawa ke menu utama webserver anda.
Jika anda Dealer, webserver anda adalah seperti ini:
Jika anda Agent, webserver anda adalah seperti ini:
STEP #6: Tukar Password Webserver Anda
Tukar password anda dengan klik di menu "ChangePassword":
Sila ubah ke password yang mudah anda hafal. Lebih simple, lebih bagus. Password ini nanti anda akan guna untuk login webserver dan juga login semasa menggunakan android app.
STEP #7: Buang Kod TAC
Ingat tak masa anda nak login tadi, sistem minta kod TAC dan kod TAC di SMS kan ke nombor anda?
Kod TAC ini sebenarnya adalah untuk extra security kepada akaun webserver anda, supaya orang lain tidak boleh login ke webserver walaupun dia sudah tahu password webserver anda.
Tapi dengan perkhidmatan kod TAC ini, anda akan dikenakan caj sebanyak 10 sen setiap kali SMS kod TAC dihantar kepada anda:
Untuk memudahkan anda login ke webserver, di samping untuk mengelakkan caj 10 sen setiap kali anda login, adalah lebih baik untuk anda buang saja servis kod TAC ini.
Cara buang perkhidmatan kod TAC: Taip "Buang TAC" dan SMS kan ke 0136290310:
Anda tidak akan dapat sebarang notifikasi yang mengatakan perkhidmatan kod TAC telah berjaya dibuang, tapi jika berjaya, anda tidak perlu lagi masukkan kod TAC untuk login masuk ke webserver anda.
Seterusnya, untuk cara semak baki akaun modal, cara tambah modal, dan cara beli/jual topup, anda boleh kembali ke menu utama, KLIK SINI
Tahniah! Anda sudah berjaya:
- Login ke webserver anda.
- Ubah password webserver anda.
- Buang kod TAC.
Seterusnya, untuk cara semak baki akaun modal, cara tambah modal, dan cara beli/jual topup, anda boleh kembali ke menu utama, KLIK SINI